Thursday, November 19, 2009

Bantuan Amal Ehsan Banjir Di Dun Bandar Baharu




Banjir telah berlaku di Dun Bandar Baharu meliputi beberapa kawasan seperti di Kg Banggol Rashid Selama Kedah, Kg Baru Lubuk Buntar, Kem Bagan Samak, Kg Besar Sg Kechil Ulu, Kg Asam Kumbang, Kg Jalan Syariah Bandar Baharu serta beberapa kawasan lagi. Beberapa penempatan sementara bagi menempatkan mangsa banjir telah dibuka iaitu di Sek Keb Selama Kedah, Surau Kg Baru Lubuk Buntar, Sek Ren Jenis Cina Bagan Samak, Sek Keb Sg Kechil Ulu dan Sek Keb Bandar Baharu.

Anggota Unit Amal telah ditugaskan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di penempatan tersebut bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan dengan di ketuai Saudara Khairy Salleh. Anngota Amal juga ditugaskan mengiringi YB EXCO Kebajikan Negeri Kedah, Ustazah Aisyah dan YB Ustaz Yakkob Hussen Adun Bandar Baharu ke penempatan-penempatan tersebut.



Unit KBB juga telah membantu menyediakan pembahagi antara tandas lelaki dan tandas perempuan. Serta menghantar tangki air untuk kegunaan di penempatan Sek Keb Sg Kechil Ulu..

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP