Thursday, November 19, 2009

Bantuan Amal Ehsan Banjir Di Dun Bandar Baharu




Banjir telah berlaku di Dun Bandar Baharu meliputi beberapa kawasan seperti di Kg Banggol Rashid Selama Kedah, Kg Baru Lubuk Buntar, Kem Bagan Samak, Kg Besar Sg Kechil Ulu, Kg Asam Kumbang, Kg Jalan Syariah Bandar Baharu serta beberapa kawasan lagi. Beberapa penempatan sementara bagi menempatkan mangsa banjir telah dibuka iaitu di Sek Keb Selama Kedah, Surau Kg Baru Lubuk Buntar, Sek Ren Jenis Cina Bagan Samak, Sek Keb Sg Kechil Ulu dan Sek Keb Bandar Baharu.

Anggota Unit Amal telah ditugaskan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di penempatan tersebut bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan dengan di ketuai Saudara Khairy Salleh. Anngota Amal juga ditugaskan mengiringi YB EXCO Kebajikan Negeri Kedah, Ustazah Aisyah dan YB Ustaz Yakkob Hussen Adun Bandar Baharu ke penempatan-penempatan tersebut.



Unit KBB juga telah membantu menyediakan pembahagi antara tandas lelaki dan tandas perempuan. Serta menghantar tangki air untuk kegunaan di penempatan Sek Keb Sg Kechil Ulu..

Read more...

Monday, June 1, 2009

Membantu Membersih Rumah Mangsa Kebakaran Di Kg Besar.















Unit Amal KBB seramai lima orang anggota bersama pemuda-pemuda kampung tersebut telah membersih rumah mangsa kebakaran di Kg Besar. Kejadian tersebut berlaku semasa penduduk kampung sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Api merebak dengan cepat kerana rumah tersebut dibina dengan kayu. Anggota Amal telah dimaklumkan dan tiba pada 5 petang. Aktiviti pembersihan segera dijalankan bagi memudahkan tuan rumah mengambil barang barang masih tinggal.


Read more...

Thursday, May 28, 2009

Amal ehsan membina benting pasir di Kg Sg Kechil Ulu





































Unit amal KBB bersama penduduk Kg Sg Kechil Ulu membina benteng pasir untuk menggantikan tebing sungai yang pecah.

Read more...

Bantuan Kerusi Roda Dari Unit Amal KBB

Bantuan kerusi roda ini adalah sumbangan daripada individu-individu yang prihatin kepada golongan yang memerlukannya. Unit Amal KBB adalah tempat atau saluran yang diberi amanah untuk menyampaikan bantuan tersebut. Segala sumbangan tersebut diucapkan ribuan terima kasih daripada penerima-penerimanya.









Read more...

Monday, May 25, 2009

Amal ehsan membina benting pasir di Kg Air Puteh Serdang.








Seramai tujuh anggota Unit Amal KBB bersama penduduk kampung Air Puteh dengan diketuai ketua kampung En.Ali Saad membina benting pasir sementara bagi mengelakkan air sungai melimpah masuk ke rumah penduduk kampung.

Read more...

Sunday, May 24, 2009

Membantu Mangsa Banjir Di Kg Besar.


Unit Amal KBB terlibat membantu memindah mangsa banjir di Kg Besar,Sg Kechil Ulu, daerah Bandar Baharu Kedah. Operasi diketuai oleh Saudara Khairy Salleh.

Read more...

Saturday, May 23, 2009

BERSAMA TN.GURU HJ.ABD.HADI






Unit Amal KBB dan Baling telah ditugaskan menjaga keselamatan Tuan Guru Hj.Abd.Hadi Awang sepanjang berada di Sedim,Kedah dalam program ceramah.

Read more...

Monday, April 13, 2009

PENGARAH UNIT AMAL NEGERI KEDAH BERSAMA ALP DAN PENYELARAS KAWASAN


Read more...

Bantuan Amal Mangsa Ribut Di Kulim.



























Unit Amal KBB telah menjalankan tugas menolong mangsa ribut pada 5 April yang lalu di Kulim. Banyak rumah telah mengalami kerosakkan seperti ditimpa pokok atau bumbung rumah tercabut. Seramai tujuh anggota Unit Amal dari Cawangan Air Merah dan Bandar Baharu turut serta dalam operasi kecemasan ini.

Read more...

Sunday, April 5, 2009

PROGRAM AMAL DI RANTAU PANJANG MAHANG,KEDAH



































Program yang diadakan pada 4 April 2009 ini bertujuan membantu penduduk kampung memperbaiki Jambatan Gantung yang telah rosak. Program gotong royong ini adalah kerjasama di antara Unit Amal KBB dengan penduduk kampung tersebut. Dana yang diperolehi adalah sumbangan daripada pihak-pihak yang prihatin kepada masalah penduduk tersebut.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP