Saturday, February 6, 2010

Amal Ehsan di Pondok Rantau Panjang









Program Amal Ehsan ini di jalankan di Pondok Tahfiz Rantau Panjang, Jalan Sg Batu, Serdang. Seramai 8 anggota terlibat dalam menjayakan program ini. Ini merupakan salah satu aktiviti amal bagi tahun 2010 selain membantu program ceramah dari masa ke semasa.

Pondok ini merupakan pondok angkat kepada Unit Amal Kawasan KBB serta Pemuda Pas Kawasan KBB. Seramai 23 pelajar tahfiz menjadi perintis Briged Amal Kawasan KBB. Latihan untuk briged Amal ini diadakan 2 kali sebulan seperti kawad, latihan kecemasan dan beberapa modul-modul yang lain.

Anggota Amal juga berperanan bersama untuk mencari dana untuk Pondok Tahfiz Rantau Panjang ini. Di mana setiap bulan dianggarkan RM7000. diperlukan untuk menampung perbelanjaan pengurusan pelajar dan pentadbiran pondok. Segala makan dan minum pelajar diuruskan oleh pentadbiran pondok.

Segala sumbangan daripada pendukung-pendukung dan pecinta agama Allah amatlah diharapkan.




0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP