Saturday, April 21, 2012

Program Gotong Royong Di Kg Parit Nibong















Read more...

Sunday, October 3, 2010

AMAL EHSAN DI BALING (Banjir Awal Ramadhan)

Amal KBB bersama anggota Amal Baling telah memberi bantuan kepada mangsa banjir di Baling pada awal Ramdhan yang lalu. Antara tugasan yang di lakukan ialah membersih beberapa buah rumah yang telah ditenggelami air dan lumpur. Walaupun di dalam bulan puasa, tugasan amal tetap dilakukan tanpa mengira penat dan lelah..

























Read more...

Friday, April 9, 2010

Amal Ehsan Di Kuala Ketil (RIBUT)




BANTUAN TIDAK MENGIRA KAUM









BERSAMA TUAN RUMAH DARI KETURUNAN INDIA

DUA TUKANG RUMAH YANG TURUT MEMBANTU ANGGOTA AMAL








BERSAMA ANGGOTA AMAL DARI PULAU PINANG








Tanggal 4 April 2010, Dun Kuala Ketil telah dilanda musibah iaitu ribut. Dianggarkan lebih kurang 200 buah rumah telah mengalami kerosakkan. Ada juga rumah yang kehilangan bumbung-bumbung rumah, ditimpa pokok dan tercabut bumbung beranda rumah. Setelah maklumat diterima daripada Unit Amal Kawasan Baling iaitu saudara Aziz atau lebih dikenalai sebagai Pak Ajis. Unit KBB telah menghantar tiga anggota amal Selama Kedah yang terdiri dua tukang rumah bersama penyelaras Amal KBB untuk turut membantu Amal Baling membaiki rumah yang terlibat dengan musibah tersebut.


Pada petang itu kerja bantuan dilaksanakan di Taman Muslim Kuala Ketil. Selepas Solat Asar kerja bantuan diteruskan sehingga 6.30 ptg. Hujan yang lebat membantut kerja-kerja membaiki bumbung rumah. Ini adalah kerana faktor keselamatan anggota dititik beratkan serta keadaan bumbung yang tidak menizinkan.


Pada tanggal Jumaat April 2010, Sekali lagi 11 anggota Amal KBB telah menyertai acara gotong royong perdana membantu membaiki rumah mangsa ribut, lanjutan dari bantuan pada hari-hari sebelumnya. Keanggotaan gotong royong ini turut serta dari Unit Amal dari negeri lain seperti Amal Negeri Perak dan Pulau Pinang. Amal Ehsan ini juga turut dibantu tukang-tukang rumah yang berkemahiran tinggi yang menjadi tunjang dalam memperbaiki rumah yang rosak. Tanpa mereka sudah tentu kerja-kerja bantuan menjadi sulit.


Anggota amal KBB dan Baling telah berjaya membantu membaiki lima buah rumah. Ini tidak temasuk kumpulan-kumpulan lain yang berjaya membaiki rumah-rumah mangsa ribut. Walau pun begitu kerja-kerja bantuan masih lagi diteruskan pada hari ini sehingga Ahad. Pada hari ini Unit Amal Wilayah dengan diketuai ALP Amal Pusat saudara Mat Zad telah telah sampai di Kuala Ketil untuk turut sama menyertai operasi membantu mangsa ribut . Mudah-mudah segala sumbangan tenaga para Amal dan pendukung-pendukung Islam, Allah berkati.

Read more...

Saturday, February 6, 2010

Mesyuarat Khas Amal Negeri 5/2/2010







Pada 5/2/2010 yang lalu Penyelaras Amal bersama 2 anggota Amal kawasan KBB telah menghadiri mesyuarat Khas Amal Negeri Kedah yang diadakan di Komplek Pas Kedah pada jam 10 malam. Turut serta ialah Tim.Peng.2 ALP Negeri iaitu saudara Yahaya serta 2 anggota amal kawasan Padang Serai. Mesyuarat ini juga telah di sertai Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah saudara Ustaz Ahmad b. Yahaya yang telah memberi beberapa input dan pandangan Pemuda Pas Negeri Kedah kepada semua ALP Amal Negeri.

Read more...

Amal Ehsan di Pondok Rantau Panjang









Program Amal Ehsan ini di jalankan di Pondok Tahfiz Rantau Panjang, Jalan Sg Batu, Serdang. Seramai 8 anggota terlibat dalam menjayakan program ini. Ini merupakan salah satu aktiviti amal bagi tahun 2010 selain membantu program ceramah dari masa ke semasa.

Pondok ini merupakan pondok angkat kepada Unit Amal Kawasan KBB serta Pemuda Pas Kawasan KBB. Seramai 23 pelajar tahfiz menjadi perintis Briged Amal Kawasan KBB. Latihan untuk briged Amal ini diadakan 2 kali sebulan seperti kawad, latihan kecemasan dan beberapa modul-modul yang lain.

Anggota Amal juga berperanan bersama untuk mencari dana untuk Pondok Tahfiz Rantau Panjang ini. Di mana setiap bulan dianggarkan RM7000. diperlukan untuk menampung perbelanjaan pengurusan pelajar dan pentadbiran pondok. Segala makan dan minum pelajar diuruskan oleh pentadbiran pondok.

Segala sumbangan daripada pendukung-pendukung dan pecinta agama Allah amatlah diharapkan.




Read more...

Thursday, November 19, 2009

Bantuan Amal Ehsan Banjir Di Dun Bandar Baharu




Banjir telah berlaku di Dun Bandar Baharu meliputi beberapa kawasan seperti di Kg Banggol Rashid Selama Kedah, Kg Baru Lubuk Buntar, Kem Bagan Samak, Kg Besar Sg Kechil Ulu, Kg Asam Kumbang, Kg Jalan Syariah Bandar Baharu serta beberapa kawasan lagi. Beberapa penempatan sementara bagi menempatkan mangsa banjir telah dibuka iaitu di Sek Keb Selama Kedah, Surau Kg Baru Lubuk Buntar, Sek Ren Jenis Cina Bagan Samak, Sek Keb Sg Kechil Ulu dan Sek Keb Bandar Baharu.

Anggota Unit Amal telah ditugaskan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di penempatan tersebut bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan dengan di ketuai Saudara Khairy Salleh. Anngota Amal juga ditugaskan mengiringi YB EXCO Kebajikan Negeri Kedah, Ustazah Aisyah dan YB Ustaz Yakkob Hussen Adun Bandar Baharu ke penempatan-penempatan tersebut.



Unit KBB juga telah membantu menyediakan pembahagi antara tandas lelaki dan tandas perempuan. Serta menghantar tangki air untuk kegunaan di penempatan Sek Keb Sg Kechil Ulu..

Read more...

Monday, June 1, 2009

Membantu Membersih Rumah Mangsa Kebakaran Di Kg Besar.















Unit Amal KBB seramai lima orang anggota bersama pemuda-pemuda kampung tersebut telah membersih rumah mangsa kebakaran di Kg Besar. Kejadian tersebut berlaku semasa penduduk kampung sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Api merebak dengan cepat kerana rumah tersebut dibina dengan kayu. Anggota Amal telah dimaklumkan dan tiba pada 5 petang. Aktiviti pembersihan segera dijalankan bagi memudahkan tuan rumah mengambil barang barang masih tinggal.


Read more...

About This Blog

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP