Pada 5/2/2010 yang lalu Penyelaras Amal bersama 2 anggota Amal kawasan KBB telah menghadiri mesyuarat Khas Amal Negeri Kedah yang diadakan di Komplek Pas Kedah pada jam 10 malam. Turut serta ialah Tim.Peng.2 ALP Negeri iaitu saudara Yahaya serta 2 anggota amal kawasan Padang Serai. Mesyuarat ini juga telah di sertai Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah saudara Ustaz Ahmad b. Yahaya yang telah memberi beberapa input dan pandangan Pemuda Pas Negeri Kedah kepada semua ALP Amal Negeri.
Unit Amal ditubuh untuk membantu masyarakat setempat atau di luar kawasan samaada ditimpa bencana ataupun kesusahan.Unit Amal merupakan satu jabatan yang berfungsi secara sukarela.Banyak terlibat dengan pelbagai pihak seperti Badan NGO, Kerajaan Negeri dan Kawasan.
Unit Amal KBB amat memerlukan dana dan sumbangan dari mana-mana pihak bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan. Segala sumbangan boleh disalurkan kepada: UNIT AMAL KULIM BANDAR BAHARU
email: unitamalkbb@gamail.com
0 comments:
Post a Comment